ان الابرار لفي نعيم
Indera Sempurna KUANTAN,PAHANG
Sunday 14 July 2013
Monday 27 May 2013
Hukum and Fadhilat Berjamaah
إِنَّمَا
يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللّهِ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ
وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللّهَ
فَعَسَى أُوْلَـئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِينَ سورة التوبة: الآية: 18.
“Hanya
yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman
kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat,
menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah,
maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang
yang mendapat petunjuk”. at-Taubah : 18
Solat berjemaah sangat dituntut
dalam ajaran Islam. Solat berjemaah menzahirkan syiar Islam dan memupuk
semangat perpaduan di kalangan muslimin. Kerana inilah ia perlu
dihidupkan dalam kehidupan seharian kita, selaku insan bergelar muslim.
Hukum Solat Berjemaah.
Sepakat
para ulamak menekankan kepentingan solat berjemaah, sekalipun mereka
khilaf tentang hukumnya. Ada yang menganggapnya fardu ain seperti Imam
Auzaiey, Atoa', Ahmad, Dawuud az-Zohiri dan sebahagian muhaddisin mazhab
Syafie seperti Ibnu Khuzaimah, Abu Thur dan Ibnu Hibban. Ada yang
menganggapnya fardhu kifayah sebagaimana yang masyhur dalam mazhab
Syafie dan ada yang menganggapnya sebagai sunat muakkadah. Imam Bukhari
juga menganggap solat berjemaah itu wajib.
Kesimpulannya,
hukum solat berjemaah adalah sunat muakkadah ataupun fardhu kifayah
jika dilihat kepada hukumnya bagi setiap waktu sembahyang satu persatu,
tetapi jika dilihat kepada hukumnya secara keseluruhan, maka hukum
sembahyang berjemaah adalah fardhu ain. Ini bererti, seseorang muslim
dilonggarkan untuk meninggalkan solat berjemaah sekali-sekala, tetapi
tidak harus baginya untuk meninggalkannya secara berterusan, seolah-olah
tidak ada sebarang ikatan antaranya dan antara solat berjemaah dan juga
masjid. Kalaulah dia melakukan demikian, maka sebenarnya dia telah
melakukan satu perkara yang dilarang oleh agama. Kerana inilah
Rasulullah s.a.w. mengancam untuk membakar rumah-rumah orang yang tidak
keluar untuk berjemaah.
Bahkan sembahyang berjemaah dan menghidupkan masjid merupakan tanda keimananannya. Firman Allah SWT: Hanyasanya yang memakmurkam masjid-masjid ialah orang yang beriman dengan Allah dan juga hari akhirat. Surah at-Taubah: 18. Sabda Rasulullah s.a.w.: Bila kamu melihat seorang lelaki yang sentiasa ke masjid, maka bersaksilah bahawa dia memang seorang yang beriman. Riwayat Ahmad dan Tirmizi.
Berkata Ibnu Mas'ud: Memang jelas daripada pemerhatianku, bahawa tidak
ada yang meninggalkan solat berjemaah melainkan orang munafik yang jelas
sikap munafiqnya. Riwayat Muslim. Begitu juga haramnya bagi seluruh
orang Islam di sesuatu kawasan untuk meninggalkan solat berjemaah,
kerana itu bererti menghapuskan satu daripada syiar Islam. Maka mereka
wajib dikenakan tindakan oleh pemerintah, sekalipun mereka semua
menganggap hukumnya hanyalah sunat muakkadah.
Adapun berjemaah pada solat sunat, maka ia adalah harus,
kerana Rasulullah s.a.w. beberapa kali pernah melakukannya. Dan
terdapat beberapa solat sunat yang memang disunatkan berjemaah. Dan
tuntutan solat berjemah tidak dikenakan kepada perempuan, kanak-kanak
dan juga para musafir.
Fadhilat Solat Berjemaah
عَنِ
ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ: صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ
وَعِشْرِينَ دَرَجَةً. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.
Daripada Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda". Riwayat Bukhari dan Muslim.
Akibat Meninggalkan Solat Berjemaah
عَنْ
أَبِيْ الدَّرْدَاءِ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَا مِنْ ثَلَاثَةٍ فِي قَرْيَةٍ وَلَا بَدْوٍ لَا
تُقَامُ فِيهِمُ الصَّلَاةُ إِلَّا قَدِ اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ
الشَّيْطَانُ فَعَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ فَإِنَّمَا يَأْكُلُ الذِّئْبُ
الْقَاصِيَةَ. رواه أبو داود والنسائي.
Daripada Abu Darda' r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mana-mana
(kumpulan yang jumlahnya) tiga orang, samada di kampong atau di
pedalaman yang tidak mendirikan solat (berjemaah), nescaya mereka akan
dikuasai oleh syaitan. Kamu hendaklah berjemaah, kerana sesungguhnya
serigala itu memakan (ternakan) yang jauh (terpencil daripada kumpulan)”. Riwayat Abu Dawuud dan an-Nasaaiyy.
Ancaman Kepada Yang Berterusan Meninggalkan Solat Berjemaah
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: ...وَلَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِالصَّلَاةِ فَتُقَامَ, ثُمَّ
آمُرَ رَجُلًا فَيُصَلِّيَ بِالنَّاسِ, ثُمَّ أَنْطَلِقَ مَعِي بِرِجَالٍ
مَعَهُمْ حُزَمٌ مِنْ حَطَبٍ, إِلَى قَوْمٍ لَا يَشْهَدُونَ الصَّلَاةَ
فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ بُيُوتَهُمْ بِالنَّارِ. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ
وَمُسْلِمٌ.
Daripada Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda: “…sesungguhnya
memang aku bercadang untuk menyuruh diiqamahkan sembahyang dan aku
suruh seseorang untuk mengimami para jemaah,dan aku pula keluar dengan
beberapa orang lelaki yang membawa bersama mereka beberapa ikatan kayu
api untuk pergi ke rumah-rumah orang yang tidak hadir kepada solat
berjemaah, lalu aku bakarkan rumah-rumah mereka. Riwayat Bukhari dan Muslim.
Meninggalkan Jemaah Sifat Orang Munafiq
عَنْ
عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: مَنْ سَرَّهُ
أَنْ يَلْقَى اللَّهَ غَدًا مُسْلِمًا فَلْيُحَافِظْ عَلَى هَؤُلَاءِ
الصَّلَوَاتِ حَيْثُ يُنَادَى بِهِنَّ, فَإِنَّ اللَّهَ شَرَعَ
لِنَبِيِّكُمْ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُنَنَ الْهُدَى,
وَإِنَّهُنَّ مِنْ سُنَنِ الْهُدَى, وَلَوْ أَنَّكُمْ صَلَّيْتُمْ فِي
بُيُوتِكُمْ كَمَا يُصَلِّي هَذَا الْمُتَخَلِّفُ فِي بَيْتِهِ
لَتَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ, وَلَوْ تَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ
لَضَلَلْتُمْ ...وَلَقَدْ رَأَيْتُنَا وَمَا يَتَخَلَّفُ عَنْهَا إِلَّا
مُنَافِقٌ مَعْلُومُ النِّفَاقِ وَلَقَدْ كَانَ الرَّجُلُ يُؤْتَى بِهِ
يُهَادَى بَيْنَ الرَّجُلَيْنِ حَتَّى يُقَامَ فِي الصَّفِّ. رَوَاهُ
مُسْلِمٌ.
Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: "Sesiapa
yang suka untuk berjumpa Allah di besok hari (qiamat) dalam keadaan
muslim (selamat), maka hendaklah dia menjaga sembahyang-sembahyang fardu
(dengan dilakukan berjemaah) di mana sahaja azan berkumandang.
Sesungguhnya Allah SWT telah mensyariatkan kepada Nabi kamu sunanul huda
(jalan-jalan hidayah), dan sesungguhnya solat berjemaah itu sebahagian
daripada sunanul huda. Maka jika kamu bersembahyang di rumah-rumah kamu
sebagaimana orang yang tidak hadir ini bersembahyang di rumahnya, maka
sebenarnya kamu telah meninggalkan sunnah Nabi kamu. Dan jika kamu
meninggalkan sunnah nabi kamu, nescaya kamu akan sesat…Dan sesungguhnya
kami (para sahabat) menganggap bahawa tiada yang tidak hadir untuk
berjemaah melainkan orang munafiq yang jelas kemunafiqannya. Dan
sesungguhnya ada seorang lelaki (di kalangan kami yang uzur) dibawa
(juga untuk berjemaah) dengan dipapah oleh dua orang, (dipapah)
sehinggalah dia diletakkan ke dalam saf (sembahyang). Hadis riwayat Muslim.
Solat Yang Paling Susah Bagi Munafiqin Untuk Berjemaah
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: لَيْسَ صَلَاةٌ أَثْقَلَ عَلَى الْمُنَافِقِينَ مِنَ الْفَجْرِ
وَالْعِشَاءِ, وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ
حَبْوًا. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak
ada sembahyang yang lebih berat kepada orang munafiqin (untuk
dilakukannya secara berjemaah) lebih daripada solat isyak dan subuh.
Kalaulah mereka mengetahui (ganjaran pahala) yang ada pada kedua-duanya,
nescaya mereka akan datang sekalipun dalam keadaan merangkak". Riwayat Bukhari Muslim.
Kelebihan Solat Isyak Dan Subuh Berjemaah
عَنْ
عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ, سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ
فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ, وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي
جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ. رَوَاهُ مُسْلِمٌ.
Daripada Usman bin Affan r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa
yang sembahyang Isya' berjemaah, maka seolah-olah dia telah bangun
separuh malam, dan sesiapa yang sembahyang subuh berjemaah, maka
seolah-olah dia telah bersembahyang keseluruhan malam. Hadis riwayat Muslim.
Celaan Kepada Yang Malas Datang Berjemaah
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَوْ يَعْلَمُ أَحَدُهُمْ
أَنَّهُ يَجِدُ عَرْقًا سَمِينًا أَوْ مِرْمَاتَيْنِ حَسَنَتَيْنِ لَشَهِدَ
الْعِشَاءَ. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi
Allah yang mana jiwaku berada dalam tanganNya (kekuasaanNya)! Kalaulah
salah seorang daripada mereka mengetahui bahawa mereka akan mendapat
seketul daging yang gemuk atau mendapat dua ketul daging yang baik
daripada dua celah kuku kambing, nescaya mereka akan datang berjemaah
solat Isya'. Hadis riwayat Bukhari.
Hukum Wanita Datang Berjemaah
عَنِ
ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ: لَا تَمْنَعُوا إِمَاءَ اللَّهِ مَسَاجِدَ اللَّهِ. رواه
البخاري ومسلم.
Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah kamu menghalang para wanita untuk datang ke masjid-masjid Allah SWT". Riwayat Bukhari dan Muslim.dipetik dari http://tasekpauh.blogspot.com
Tuesday 2 April 2013
Terdapat beberapa perkara yang dapat dihighlightkan di sini:
Pertama:
Kita malas ke surau/masjid bukan kerana kita malas.. Tetapi kerana surau atau masjid itu sendiri tidak merindui kita.
Kedua:
Mengapa surau atau masjid tidak merindui kita?
Jawapan: Kerana kita tidak menghormatinya.
Ketiga:
Apakah contoh perbuatan tidak menghormati surau atau masjid?
Jawapan: Bercakap2 di dalamnya.. Membuang masa, membuat perkara2 lagha... Begitu juga dengan ilmu dan Al-Quran.
Keempat:
Mengapa kita belajar tetapi tidak lekat di kepala? Mengapa kita menghafaz tetapi cepat lupa?
Jawapan: Bukan kerana kita yang pelupa.. Tetapi ilmu atau ayat quran tersebut yang rasa tidak dihormati lalu lari dari kita.
Kelima:
Antara contoh tidak menghormati Al-Quran atau ilmu ialah meletakkan Al-Quran atau kitab2 di tempat yang rendah.
Keenam:
Selain itu, syeikh juga menggalakkan kita untuk berzikir sebanyak2nya.. Antaranya.. Subhanallah (ianya akan memenuhi timbangan) dan Alhamdulillah (ianya memenuhi langit dan bumi).
ketujuh:
Banyakkan membaca bismillah (insyaAllah akan mendapat pertolongan Allah).
Kelapan:
Amalkan Surah Al-Fatihah dan dibacakan kepada air 7 kali lalu diminum.. Insya Allah.. Sembuh penyakit (baca dengan yakin..)
Selamat beramal..
Thursday 1 November 2012
Wednesday 31 October 2012
Dari Anas r.a. berkata: Seorang Arab bertanya kepada Rasulullah saw,
“Bilakah hari kiamat?” Rasulullah saw menjawab, “Apakah bekalmu untuk
menghadapinya?” Ia menjawabnya cinta kepada Allah dan Rasul-Nya maka
Rasulullah saw bersabda, “Engkau akan berkumpul dengan orang yang
engkau cintai.”
(Bukhari – Muslim)
(Bukhari – Muslim)
Subscribe to:
Posts (Atom)